Friday, March 9, 2012

Ekonomi di sebalik Rare Earth

Baru-baru ini, pelbagai pergerakkan telah dijalankan oleh rakyat bagi melahirkan hasrat bantah terhadap keputusan kerajaan yang membenarkan kilang Lynas Australia bertapak di Malaysia. Namun demikian, kerajaan 1Malaysia yang mengutamakan rakyat masih gagah dan tabah dalam menghadapi cabaran rakyat, tetap meluluskan projek Rare Earth tersebut. Dalam banyak alasan yang kerajaan bagi dalam menyokong tindakkan mereka yang meluluskan kemasukkan kilang, antara alasan yang paling popular yang disebut ialah “merangsangkan pertumbuhan ekonomi negara”, “menarik masuk pelabur asing”, dan “menjana lebih banyak peluang perkerjaan”. Saya ingin menyentuh isu ‘kebaikan ekonomi yang dijanjikan’ oleh kilang Lynas ini pada post hari ini.


Saya mulakan dengan pertumbuhan ekonomi. Perkataan ‘pertumbuhan ekonomi’ kerap dikeluarkan oleh kerajaan dan mereka sering menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi dalam setiap keputusan analysis ekonomi negara . Namun, adakah kita sebagai rakyat pernah merenung secara dalam bahawa, apakah makna yang kita dapat perolehi daripada statistik pertumbuhan ekonomi ini? Kita suka kalau ekonomi maju, hal ini demikian kerana kita ingin meningkatkan kualiti kehidupan sendiri. Sebenarnya permintaan rakyat adalah sangat ringkas, kehidupan yang baik dalam kamus rakyat sebenarnya hanya bermaksud dapat makan, berpakaian, tinggal dengan aman dan damai, mempunyai satu badan yang sihat dan dapat berhidup bahagia dengan isi keluarga yang tersayang. Itu sahaja permintaan kami.

Namun demikian, terdapat pelbagai ‘cara’ untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Kerajaan membina banyak projek mega juga dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Kerajaan mengalu-alukan kemasukkan wang asing dalam pasaran saham dan perumahan negara kita, meningkatkan harga perumahan kita, juga mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Atapun dengan cara yang paling mudah, kerajaan menebang semua pokok-pokok di hutan kita, lepas itu pelbagai pepohon itu dijadikan barangan dan dieksport ke luar negara, juga akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Tapi, adakah ini pertumbuhan ekonomi yang kita mahu? Apakah yang rakyat dapat daripada pertumbuhan ekonomi seperti ini? Membina banyak projek mega hanya membuat kroni yang jadi kaya. Harga pasaran perumahan yang tinggi hanya menjadi beban besar yang kemungkinan melenyapkan segala simpanan rakyat seumur hidup, malah menjadikan rakyat hamba kepada hutang perumahan bank. Dan akhir sekali, kebaikkan yang diperolehi daripada menebang pokok hanya dinikmati oleh pihak pembalak, apa yang menanti rakyat hanya kesan negatif daripada pengeksploitasian hutan yang berlebihan seperti banjir kilat, tanah runtuh, pencemaran sungai, kehilangan keseimbangan ekosistem, kualiti udara menurun dan sebagainya. Jadi, apa maknanya pertumbuhan ekonomi seperti ini kepada kita?

Kalau sebut sahaja pasal menarik masuk pelabur asing, ia seolah-olah merupakan suatu medan pertarungan antara BN dan PR. Kedua-dua perikatan tersebut selalu menunjukkan kebolehan mereka dalam mentadbir negara , dengan menyantap mata rakyat dengan pelbagai statistik yang menunjukkan kejayaan mereka dalam menarik masuk para pelabur ke dalam negeri pentadbiran masing-masing. ‘Menakutkan pelabut asing’ juga merupakan alasan yang selalu digunakan oleh BN ketika cuba menjatuhkan semangat para himpunan awam rakyat. Nampaknya pelabur asing memang penting terhadap negara kita sehingga kedua-dua perikatan politik di Malaysia pun masing-masing cuba menangkap hati mereka. Namun, isu kemasukkan pelabur asing juga sama dengan pertumbuhan ekonomi yang saya sentuh di atas, kita juga perlu melihat makna di sebalik menarik masuk pelabur asing. Kita patut merenung dan memikir apa strategi dan matlamat kita dalam menarik pelabur asing masuk ke negara kita.
Apa daya tarikkan yang ada pada Malaysia sehingga para pelabur asing daripada seluruh dunia sanggup datang ke sini? Saya berpendat bahawa daya tarikkan yang ada pada Malaysia ialah “masyarakat yang mempunyai undang-undang yang baik”, “terdapat pekerja yang menawarkan gaji yang rendah”, “kedudukan yang strategik dalam antarabangsa”, “tempat bahan mentah dikeluarkan”, “kebanyakkan rakyat mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris” dan sebagainya. Kita telah membekalkan pelbagai kebaikkan kepada para pelabur asing, saya rasa kita juga perlu mengambil sedikit banyak kebaikkan daripada mereka, ini barulah win-win situation. Biasanya kebaikkan yang dibekalkan oleh pelabur asing ialah membayar cukai (tetapi yang kilang Lynas ini kerajaan menawarkan pakej tidak perlu bayar cukai kepada Malaysia selama 12 tahun), dan menjana peluang pekerjaan. Selain itu, saya rasa kita juga perlu menyeru kapeada syarikat antarabangsa bahawa menawarkan perkhidmatan peralihan teknologi kepada kita.

Sabagai contoh, kalau pelabur asing yang menghasilkan kereta membuka kilang mereka di sini, di samping membiar mereka menikmati kebaikkan yang ada dalam Malaysia, saya rasa kita juga perlu mendapat sesuatu pulangan daripada mereka. Yang besar kita boleh belajar cara-cara atau teknologi membina kereta daripada mereka, yang kecil kita boleh belajar cara mereka dalam mentadbir sesebuah kilang besar dan carta aliran penghasilan produk yang banyak. Dengan cara ini kita mampu melakukan transformasi ekonomi negara dan tidak hanya bergantung kepada ‘pekerja yang menawarkan gaji yang rendah’ dalam menarik masuk para pelabur asing. 

Di sebaliknya, kalau kerajaan sentiasa cuba menekan gaji rakyat, menawarkan pakej pelaburan yang hampir menjual negara seperti “para kilang antarabangsa yang melabur di Malaysia tidak perlu mengawal sisa kilang mereka, dalam menyalurkan sisa mereka ke dalam sungai Malaysia” dalam menarik pelabur asing, biarpun dengan cara ini banyak pelabur asing akan datang, tetapi saya rasa ini langsung tidak bermakna kepada kita.

Yang akhir sekali ialah menjana peluang pekerjaan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa para pelabur asing mampu menjanakan banyak pekerjaan untuk rakyat Malaysia, namun kita perlu melihat perkara ini dengan lebih holisitk. Dalam dunia ekonomi, terdapat suatu teori yang bernama ‘kos sosial’ (social cost), walaupun kilang daripada pelabur asing mampu menjana kekayaan kepada rakyat Malaysia, namun kos sosial juga tidak boleh kita pandang ringan. Contohnya daripada kilang Lynas ini, katakanalah ia mampu membawa kekayaan kepada negara sebanyak RMX, namum kos sosial yang terpaksa rakyat tanggung seperti pendedahan bahan radioaktif, bahan toksik yang memusnahkan ekosistem sungai kita, kesihatan rakyat terjejas, kos kesihatan untuk rakyat yang sakit, (tidak termasuk lagi kerugian kepada negara kerana kematian rakyat yang sebenarnya mampu berkerja) juga muncul, saya katakan kos sosial ini RMY. Kalau keuntungan RMX ditolak dengan kerugian sosial RMY, adakah kita masih dapat nilai yang positif? Perkara seperti inilah yang patut kita renung dalam usaha menarik pelabur asing masuk ke Malaysia.

Dalam isu yang menentang atau menyokong kilang Lynas ini, para parti politik yang memerintah mahupun tidak memerintah, sepatutnya berfikir secara masak-masak terhadap sagala kebaikkan dan keburukkan yang ada dalam kilang ini. Adakah kita benar-benar perlu membina kilang ini? Apakah keburukkan daripada kilang ini mampu dihadapi oleh Malaysia? Apakah pedekatan yang harus diambil oleh kerajaan dalam memaksimumkan kebaikkan kilang ini, dan pada masa yang sama meminimumkan keburukkan yang bakal datang daripada kilang ini? Inilah persoalan yang perlu dijawab oleh semua pemimpim politik kita orang di Malaysia.

Artikel yang berkaitan

No comments :

Post a Comment