Friday, March 16, 2012

Gula, Roti, Daging Ayam dan Balik China

Kita selalu bersikap optimistik dengan mengatakan bahawa dalam Malaysia masalah perkauman sebenarnya tidak wujud, semua isu perkauman hanya isu yang sengaja dipermainkan oleh politikus yang tidak bertanggungjawab. Suasana hubungan antara kaum di Malaysia seharusnya harmoni dan aman. Segala masalah perkauman yang timbul sama ada hanya percaturan ahli politik dalam memburu kuasa, atau hanya lakonan pelawak Ibrahim Ali dan geng Perkasa nya. Namun , setelah saya cuba mengimbas balik beberapa perkara yang berlaku dalam Malaysia, saya sekarang mendukung sikap yang pesimistik terhadap hubungan antara kaum di Malaysia.

Cerita kita pada hari ini bermula dengan sebuah artikel yang panas disebarkan melalui internet dari tahun lalu lagi… Artikel tersebut menceritakan kisah ‘Raja Gula’ Malaysia Robert Kuok yang terpaksa melepaskan business gulanya di Malaysia akibat tekanan daripada UMNO dan kroninya. Robert terpaksa berpindah businessnya ke luar negara dan menunggu peluang untuk serang balik. Akhirnya Robert berjaya membalas dendam kepada kerajaan Malaysia yang terpaksa meminta banduan daripadanya. (Untuk cerita yang lebih lanjut, sila click link post saya pada tahun lalu: Di mana ada gula, di situ ada Robert)

Selepas itu, artikel yang kedua pasal Raja Gula juga datang muncul dalam intenet. Kali ini pasal roti pula. Sekali lagi, artikel ini mendedahkan macam mana kroni UMNO mengambil alih pasaran roti Robert dengan kasar. Apa yang menarik perhatian saya ialah konklusi kepada artikel ini ialah menyeru agar semua orang Cina memboikot jenama roti yang milik kroni BN, atas nama melindungi ‘Business orang Cina di Malaysia’.

Berita yang lebih dekat lagi ialah kisah seorang pelanggan yang membeli ayam di KFC telah dipukul oleh pekerjanya, apa yang best dalam berita ini ialah adegen aksi pukul-memukul ini telah dirakam dan di-uploadkan ke youtube. Apabila saya melihat video ini pada kali pertama, fikiran pertama yang masuk dalam kepala otak saya adalah ‘Kedai fast food bodoh ini buat cerita bodoh lagi’…Kalau masih ingat, sebelum ini KFC juga menjadi popular di youtube dengan video staff mereka yang menyediakan makanan dengan cara yang sangat kotor dan menjijikan dimuatnaikkan ke youtube. Kes tersebut menyebabkan KFC menerima kritikkan yang hebat daripada semua pengguna di Malaysia dan akhirnya memaksa pihak pengurusan KFC terpaksa meminta maaf dengan seluruh pengguna di Malaysia. Kali ini berlaku lagi kes pukul customer, masa itu saya sudah berfikir macam mana pihak pengurusan KFC nak melakukan petunjukkan PR untuk meredakan kemarahan orang ramai. Tetapi apa yang buat saya rasa terkejut ialah kes yang staff bodoh memukul customer telah tiba-tiba bertukar tajuk ke “Orang Melayu memukul Orang Cina”. Pelbagai bahasa kesat dan panas telah digunakan dalam laman web sosial internet dalam marah memarahi antara satu sama lain. Apa yang lebih panas lagi, ketika kes ini dibawa ke balai polis dan polis menggunakan akta undang-undang yang tidak menahan si pesalah di lokap, kelakuan polis ini ditafsir oleh para pengguna internet sebagai ‘Polis semestinya menolong orang Melayu’.

Akhirnya ialah cerita yang hampir berlaku semasa dengan KFC ini, kisah guru sekolah menengah. Seorang guru perempuan Melayu memarahi pelajar-pelajar Cina yang nakal “balik ke China” ketika dalam proses pengajaran sekolah. Walaupun setelah berita ini mendapat liputan luas, saya dapat mengetahui asal usul keseluruhan cerita ini, iaitu para pelajar perempuan yang mula-mula bersifat kurang ajar dulu dan lepas itu baru menyebabkan guru berasa hilang sabah dan mengeluarkan perkataan tersebut. Apabila saya membaca berita itu, saya berfikir: guru tersebut boleh memarahi pelajarnya bodoh, tak guna ataupun menampar sahaja pelajar-pelajar tersebut (semestinya saya tidak setuju kalau guru melakukan sedemikian) biarpun dalam keadaan yang hilang sabar, tetapi mengapakah beliau melemparkan perkataan ‘balik ke China’ ke arah pelajarnya yang berbangsa Cina ini ? Mungkin ada pihak yang mengatakan bahawa guru tersebut telah dalam keadaan hilang sabar dan berang masa itu, maka secara tidak sengaja beliau mengeluarkan kata-kata tersebut. Itu yang saya nak kupaskan, memang kerana guru tersebut berasa sangat marah dan ‘terkeluar’ kata-kata yang melampau ini, tetapi pada masa yang sama, kata-kata tersebut adalah paling ‘ikhlas’ dan tidak berputar pelit. Ini yang buat saya berasa bimbang, adakah guru tersebut (saya berharap guru-guru yang lain tidak bersikap sedemikian) dalam lubuk hatinya bertanggapan bahawa kami orang Cina ini semuanya ‘pendatang’ dan satu hari nanti juga kami akan balik ke Beijing? Adakah ini bermaksud bahawa semua guru yang nampak mesra dalam sekolah saya, semuanya dalam keadaan ‘masih tidak hilang sabar’, dan kalau kemarahan mereka melepasi ‘paras keselamatan’, mereka juga akan memarahi saya ini agar balik ke China?

Kita beralih balik ke cerita business Raja Gula dulu. Saya dari awal sampai sekarang berasa isu ini bukan perkauman tetapi kroni atau rasuah! Ok,kalau saudara/i berasa kerajan kita pro kepada orang Melayu dalam dasar perniagaan Malaysia, saya boleh bagi banyak contoh dan statistik yang orang Melayu miskin. Kalau kalian berasa kerajaan menekan business orang Cina, macam mana awak nak menjelaskan bahawa ahli peniaga Cina yang mendapat Francais kilang menjana elektrik? Macam mana dengan lesen perjudian yang hanya satu di Malaysia dan telah dimiliki oleh peniaga Cina? Dan tauke yang memonopoli industri telekomunikasi dan tv Malaysia, bukankah beliau daripada kaum bukan Melayu? Masalah sebenarnya bukan perkauman, tetapi kroni dan rasuah! (Cakap pasal kroni, mereka telah menunjukkan semangat 1Malaysia dalam komposisi kaum.)
Yang cerita di KFC lagi best, sebenarnya ia hanya kes seorang staff yang amuk dan memukul seorang pelanggan yang sepatutnya diberi layanan baik. Biasanya kes sebegini, pihak KFC hanya perlu memohon maaf dengan pelanggan tersebut, mangsa kejadian juga boleh melakukan laporan pihak polis agar haknya dibela, itu sahaja, simple. Tapi saya betul-betul tidak sangka kes ini akan bertukar ke tema ‘orang Melayu memukul orang Cina’. Apabila saya cuba merenung perkara ini secara dalam, saya melahirkan teori saya yang bahawa orang Cina mempunyai satu ‘hantu’ dalam hati mereka. Hantu itu ialah pemikiran negatif yang kaum lain sentiasa cuba membuli kita, tetapi ‘hantu’ ini tidak keluar kalau dalam keadaan ‘masih tidak hilang sabar’. Namun bila perkara yang seperti aksi KFC ini berlaku, ‘hantu’ dalam hati orang Cina semuanya akan keluar dan paranoid yang dibuli ini akan dipantulkan ke arah si mangsa, dan sama-sama mereka menganggap bahawa mangsa itu ialah mereka sendiri… ‘hantu’ ini juga lebih kurang sama dengan ‘hantu’ yang ada dalam hati guru Melayu yang saya disebut di atas.

Selain itu , kes KFC ini juga saya berasa orang Cina kurang yakin terhadap sistem yang ada dalam negara ini. (walaupun saya pun setuju bahawa sistem kita ini memang bermasalah). Apabila berlaku kes ketidakadilan, mereka tidak melaporkan kes ini kepada pihak polis, dan pemahaman kami terhadap undang-undang juga kurang menyeruluh. Apabila pihak polis tidak menahan si dituduh, mereka dah membuat rumusan bahawa “orang yang memukul orang tidak bersalah”. Tolonglah, sama ada si dituduh bersalah atas tidak, ia ditentukan oleh hakim tetapi bukan polis, polis hanya memilih akta yang digunakan untuk mendakwa pesalah yang didapati pesalah. Namun dalam kes ini, saya tetap yakin bahawa 100% si dituduh akan disabit bersalah kerana kes memukul orang memang sure dah salah. Saya harap pada masa itu, semua orang Cina akan berasa yakin bahawa sistem kehakiman negara kita tidak memihak kepada sesetengah orang sahaja. Namun, apa yang menyakitkan hati saya ialah si mangsa yang kena pukul ini, telah menerima pemohon maafan daripada pihak KFC tidak lama kemudian. Dan mukanya yang gembira berjabat dengan pihak pengurusan KFC telah disiarkan di surat khabar. Selepas itu, berita ini telah tidak lagi mendapat liputan daripada pihak media, dan saya tidak pasti sama ada si mangsa ini telah membatalkan kesnya di balai polis, dan masyarakat kita juga macam kurang berminat sama ada si mangsa ini dibela atau tidak…

Isu terakhir yang saya nak kupas ialah ayat ‘Polis semestinya menolong orang Melayu’’. Ok, 
Kalau Polis semestinya menolong orang Melayu, saya rasa dalam himpunan bersih 2.0 709 yang kena belasah teruk oleh pihak polis tidak akan ada mangsa Melayu
Kalau Polis semestinya menolong orang Melayu, saya rasa sudah tiada kes saudara Amirul yang kena tembak itu…
Kalau Polis semestinya menolong orang Melayu, saya rasa saudara Adam dan rakan seperjuangannya tidak akan mengalami keganasan ketika mereka berjuang hak kebebasan yang lebih luas kepada para mahasisawa/i.
Kalau Polis semestinya menolong orang Melayu, Anwar dan gengnya tidak akan dikena teruk sehingga mata pun lebam…
Saya tidak menafikan bahawa polis tidak menunjukkan sikap yang adil dan professional dalam mengendali banyak perkara, lebih-lebih lagi dalam kes politik, tetapi ini tidak boleh sama dengan keadaan yang ‘Polis semestinya menolong orang Melayu’. Saya rasa masalah ini sama dengan perkara kroni dan rasuah yang saya katakana di atas, masalahnya ialah jentera negara yang tidak saksama, dan mereka akan menekan sesiapa sahaja sesipa yang cuba mencabar kepentingan kerajaan tanpa mengira kaum.


Walaupun saya ingin merumuskan post saya ini dengan mengatakan ‘masalah perkauaman hanya diwujudkan oleh politikus sahaja’, namun berdasarkan apa yang saya terima dalam internet dan kehidupan seharian saya, saya mendapati masalah perkauman di Malaysia bukan masalah kecil yang semata-mata ‘sengaja diungkit oleh politikus kita’. Apabila kita mentafsir dan menganalisis sesuatu isu, kita lebih cenderung melihat kes ini dari perspektif perkauaman, ini bermaksud ‘hantu perkauman’ ini memang mendapat ‘sambutan hangat’ daripada rakyat jelata. Hantu ini memang sentiasa wujud dan mengintai masa yang sesuai untuk keluar, dan apa yang lebih malang ialah cara untuk menghapukan hantu ini tidak akan berjaya kalau hanya ‘menolak kerajaan BN dalam pilihan raya yang akan datang’..

Aritikel yang berkaitan: Perkauman, persoalan yang palsu?




2 comments :

  1. Saya sungguh tertarik dengan pet teori anda yang berbunyi '...pemikiran negatif yang kaum lain sentiasa cuba membuli kita(cina)...'
    Bagi pendapat saya bukan orang cina sahaja mempunyai pseudo thinking yang merasakan diri mereka terancam dan diancam oleh kaum yang lebih dominan. Malahan saya juga seringkali berhadapan dengan keadaan ini dimana saya merasakan saya tidak mendapat hak yang sewajarnya jika dibandingkan dengan apa yang dimiliki oleh pihak yang lain. Apa yang lebih sesuai digambarkan di sini ialah prejudice terhadap pihak yang lain.
    Daripada pemerhatian saya pemikiran seperti ini akan membentuk sebuah masyarakat yang 'overly-protective' terhadap diri sendiri sehinggakan tidak memberi ruang kepada integrasi untuk berlaku. Maka perkauman tentu akan hadir.

    '...apa yang lebih malang ialah cara untuk menghapuskan hantu ini tidak akan berjaya kalau hanya ‘menolak kerajaan BN dalam pilihan raya yang akan datang’.....'

    Sudah semestinya perubahan tampuk kepimpinan tidak mampu mengubah pemikiran yang telah terpupuk sejak sekian lama. Apa yang boleh diharapkan daripada peralihan kuasa pada masa depan ialah pemulauan dan penghapusan kroni dan rasuah akan terlaksana. Dengan itu saja barulah pemikran dapat dibentuk semula.

    ReplyDelete
  2. betul si gemuk, kata-kata awak kali ini memang baik sekali...Bayangkan, sedangkan Orc dan Human yang telah lama bermusuhan mampu bersatu dalam menentang Undead, apatah lagi kita semua yang memang senegara?

    ReplyDelete