Friday, March 23, 2012

Lebih 2/3 kerusi parlimen Malaysia = suatu kerajaan yang stabil dan kuat?

Pada berita beberapa hari yang lalu, PM kita yang tercinta mengeluarkan hasrat beliau dalam PRU yang akan datang, iaitu berjaya menguasai lebih 2/3 kerusi parlimen Malaysia demi mewujudkan suatu kerajaan yang stabil dan kuat. Selain itu, beliau juga melahirkan kebimbangan jikalau BN gagal memenangi banyak majoriti kerusi dalam PRU yang akan datang, ini akan mewujudkan Hung Parliament di negara kita, dan keadaan ini akan membawa bencana terhadap negara kita. Dua isu inilah yang saya cuba kupaskan pada post hari ini.

Saya mulakan dengan kenyataan ‘Hung Parliament’ yang dikeluarkan oleh jib gor kita. Secara ringkas, keadaan ‘Hung Parliament’ hanya akan berlaku di negara yang mengamalkan demokrasi berparliment di mana semua parti yang bertanding dalam pilihan raya gagal mendapat kerusi majoriti . Dalam keadaan ini , kerajaan tidak dapat dibentuk dan parti-parti yang gagal mendapat majoriti kerusi dalam parliment akan cuba bergabung dengan parti lain demi membentuk kerajaan gabungan. Jika semua parti gagal mencapai persetujuan dalam membentuk kerajaan , maka terpaksalah pilihan raya dijalankan sekali lagi. (Penjelasan lanjut terhadap ‘Hung Parliament’ sila rujuk: Wikipedia Hung Parliament)



Antara contoh terkini ‘Hung Parliament’ ialah piliharan raya umum England yang telah dijalankan pada tahun 2010. Dua parti utama England, Parti Buruh dan Parti Konservatif masing-masing memenangi 258 kerusi dan 306 kerusi. Namun kedua-dua parti gagal mencapai kerusi minimum majoriti mudah iaitu 326 kerusi untuk membentuk kerajaan di England, maka ‘parliment tergantung’ berlaku. Sebagai jalan penyelesaian, ketua parti Konservatif David Cameron mengajak ketua parti Liberal Democrats, Nick Clegg yang memenangi 57 kerusi sama-sama membentuk kerajaan bersama. Cadangan ini diterima dan David Cameron memegang jawatan Perdana Menteri UK dan Nick Clegg pula menyandang jawatan Timbalan PM.


Tujuan saya bagi contoh ini ialah cuba menunjukkan kelekaan PM kita yang tersayang dalam membuat soalan matematik. Mungkin disebabkan PM kita sibuk, maka tidak hairanlah beliau gagal menghitung angka kerusi di Parliment Malaysia sehingga mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia akan berhadapi keadaan “Parliment tergantung”. Dalam medan politik Malaysia hari ini, yang masih dan terus berkuasa tetap ialah BN. Kerajaan alternatif yang cuba mencabar kedudukan BN hanya terdapat PR, namun dari segi sumber manusia, sumber kewangan mahupun sumber jentera kerajaan negara, PR gagal menyaingi BN yang telah lama berkuasa. Apatah lagi kuasa ketiga yang mampu menjadi ‘King Maker’ ? Dalam PRU yang akan datang, kecenderungan mengundi hanya terbahagi kepada dua, iaitu sama ada pengundi yang sokong PM 1Malaysia kita, atau pengundi yang telah berkeras hati yang ingin melihat muncul parti dua sistem di negara kita dengan mengundi PR. Tiada kuasa ketiga yang mampu mencuri undian daripada kedua-dua kuasa ini. Maka dalam PRU yang akan datang, ia hanya merupakan medan pertarungan antara BN dan PR SAHAJA, kuasa ketiga tidak mungkin dapat mencuri tumpuan pengundi dan ‘Parliment Tergantung’ yang kononnya disebutkan oleh jib gor tidak mungkin akan berlaku.



Isu kedua yang saya cuba sentuh ialah kenyataan PM yang berbunyi ‘kerajaan yang menguasai lebih 2/3 kerusi parlimen Malaysia akan dapat mewujudkan suatu kerajaan yang stabil dan kuat’. Idea ‘kerajaan stabil dan kuat’ ini sebenarnya dimulakan pada zaman pemimpinan DR M kita. Pemerintahan kerajaan Tun M kita ialah mentadbir dengan kerajaan yang kuat dan berkuasa, kerajaan ini perlu mempunyai penguasaan yang mutlak terhadap semua jentera negara (di mana keadaan ini dirujukkan sebagai kerajaan yang stabil oleh kerajaan BN) , maka semua dasar yang dilancarkan oleh kerajaan dapat dijalankan dengan ‘berkesan’ dan hidup rakyat terjamin…Ketika dalam pentadbiran Tun M, keputusan ‘minimum’ setiap pilihan raya ialah dapat memenangi majoriti kerusi lebih daripada 2/3 kerusi parlimen Malaysia. Salah satu kenyataan yang selalu disebut oleh Tun ialah ‘jika kerajaan tidak mendapat majoriti kerusi lebih daripada 2/3, maka pembangunan negara tidak dapat dijalankan dengan baik’. Alasan ini agak menghairankan sedangkan semua dasar yang perlu dilaksanakan hanya perlu mendapat sokongan majoriti mudah sahaja, lagipun segala dasar yang jikalau dapat memanfaatkan rakyat, tidak kisah parti pemerintah atau parti bukan pemerintah juga akan sama-sama menyokongnya, jadi mengapa pula beria-ia sangat nak menguasai lebih daripada 2/3 kerusi parlimen Malaysia?

Walaubagaimanpun, isu ‘lebih daripada 2/3 kerusi parlimen Malaysia’ juga melahirkan satu persoalan baru, banyak pihak yang mengatakan bahawa pemerintahan yang mutlak dapat membangunkan negara dengan cekap. Segala dasar yang memanfaatkan negara mahupun rakyat dapat diluluskan dan dilaksanakan dengan berkesan dengan ‘kerajaan yang kuat’. Antara contoh yang paling kerap digunakan dalam menyokong idea ‘kerajaan yang kuat’ ialah prestasi kerajaan China dan US dalam menghadapi krisis ekonomi sedunia pada tahun 2008. Parti Komunis China yang tidak perlu bertanggungjawab terhadap rakyatnya dapat meluluskan dan melaksanakan dasar negara mereka dengan cepat dan berkesan. Sebaliknya, US yang kononnya demokrasi dan liberal, disebabkan kerajaan perlu berdebat panjang di Parliment sebelum melancarkan sesuatu dasar, lebih-lebih lagi yang melibatkan wang yang banyak. Apabila dasar US yang cuba menyelamatkan pasaran telah diluluskan oleh Parliament, masa keemasan untuk menyelamatkan pasaran dah berlalu, dana yang digunakan oleh kerajaan US tidak mampu memberi kesan yang besar kepada pasaran setempat.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Pemerintahan Diktator kadang-kala lebih berkesan melaksanakan dasar mereka berbanding Permerintahan Demokrasi. Namun kita tidak boleh kerana scenario ini, maka cenderung kepada ‘kerajaan yang kuat’. Parliment mengkhaskan syarat lebih daripada sokongan 2/3 dalam menggubal perlembagaan negara, tujuan utama yang meminta sokongan banyak dalam menggubal perlembagaan ini adalah cuba mengelakkan situasi pentadbiran sesebuah negara dipengaruhi oleh kehendakkan segelintir orang sahaja, maka dengan syarat lebih 2/3 sokongan ini, keseimbangan kuasa dan pendapat kolektif dapat diterima sebelum perlembagaan dapat digubal. Memang betul kerajaan Diktator yang ‘kuat’ dapat melaksanakan sesuatu dasar dengan cepat dan menyelesaikan masalah krisis ekonomi, tetapi kalau hari esok kerajaan Diktator cuba melaksanakan suatu dasar yang bercanggahan dengan kepentingan rakyat, macam mana kita nak menghalangnya? Dengan tiada perseimbangan kuasa, segala rang undang- undang yang tidak mesra rakyat juga mampu diluluskan ‘dengan cekap dan berkesan’, dan rakyat tidak mampu berbuat apa-apa dalam keadaan ini.

Segala syarat yang ditetapkan dalam sistem Demokrasi (walaupun ia bukan sempurna) adalah untuk mengawal sifat jahat manusia ketika memegang kuasa yang besar. Tokoh-tokoh pemerintahan negara US pernah berkata, 
‘Perlembagaan US dibina atas prinsip tidak percaya kepada President mereka’. Kerana kita mengesyaki bahawa pemimpin kita akan melakukan sesuatu yang jahat, maka kita perlu mengawal kuasa mereka. ‘Absolute Power Corrupts Absolutely’, perumpamaan ini perlu menjadi ikhtibar kita dalam mengawal kuasa pemimpim kita. Kalau pemimpin kita dikurniakan dengan kuasa yang besar, ia tidak akan membuat mereka ‘lebih cekap dalam berkhidmat demi rakyat’, tetapi sebaliknya hanya akan menyebabkan mereka berbuat jahat dengan tanpa rasa bimbang.

PM kita yang beria-ia sangat nak menguasai lebih daripada 2/3 kerusi parlimen Malaysia, tujuan utama mereka sebenarnya hanya ingin mempunyai kuasa yang dapat memindah perlembagaan Malaysia pada bila-bila masa mengikut kesukaan hati mereka. Inilah udang di sebalik batu teori ‘kerajaan yang stabil dan kuat’.


No comments :

Post a Comment